Sunday, December 27, 2015

Makanan Kucing

Assalamualaikum w.b.t

Pada bulan Februari tahun ini, kami diuji bila mana kucing kami Bulat dikhabarkan hilang di klinik vet. Sehari sebelum kejadian, kami membawa Bulat dan Bisu untuk dikasi. Tapi keesokan harinya doktor vet menelefon kami mengatakan Bulat telah keluar dari sangkar dan hilang tanpa jejak. Siapa yang tak sedih kucing yang kita sayang hilang kan? Doktor vet tu pulak macam lepas tangan. Nampak tiada usaha untuk tolong cari. Dekat 4 hari jugak la Bulat hilang. Hari yang ke-4 tu kami nekad pergi cari dekat kawasan sekitar klinik tu. Aku tanya dengan pelayan kat kedai makan berhampiran kot2 ada ternampak kucing berwarna oren. Namun hampa sekali. Aku cuba ke klinik untuk tanya dengan pekerja klinik. Jawapan tetap sama dah cari tapi tak jumpa. Entah mengapa hati ni rasa Bulat ada dekat2 kawasan tu jugak. Aku cuba ke semak yang berhampiran dan cuba panggil nama Bulat. Mula2 panggil tiada sahutan. Kali kedua panggil seperti suaranya yang menyahut. Aku cuba panggil kali ketiga dan sekali lagi sahutan suara yang lemah dan seolah2 suara Bulat. Aku yakin itu Bulat. Aku ketuk bekas berisi makanan supaya dia keluar. Akhirnya syukur sangat2 memang betul Bulat yang keluar.
~Bulat keluar dari tempat persembunyiannya~
~Bisu dan Bulat. Gambar diambil selepas Bulat dibawa balik selepas dijumpai. Nampak kesayuan disitu. Rindu agaknya.~
Alhamdulillah doa aku termakbul. Bulat nampak lemah tapi badannya nampak steady je. Entah apa yang dimakannya. Sejak daripada peristiwa tu, Bulat jadi semakin manja. Dulu nak pegang pun taknak bagi. Sebelum Bulat dijumpai, aku bernazar kalau jumpa Bulat nak bagi dia makan makanan mahal. Royak Canin je pun. Takde la mahal sangat tapi tak mampu la nak beli hari2. He3.. Tapi hampeh sangat2 sebab dia makan sikit je yang lain pulak beria nak makan. Bulat memang peminat setia Prodiet. Aku dah cuba bagi makanan lain daripada makanan premium Royal Canin, Blackwood sehinggalah yang biasa Powercat, MoreMore, Friskies semua dia taknak. Sampai memberontak taknak makan. Makanan rutin nasi digaul ikan rebus adalah pilihan kedua selepas Prodiet. Tapi kibble Prodiet Ocean Fish adalah nombor 1.
~Royal Canin Hair & Skin~

~Prodiet Ocean Fish~
Sebelum ni, kibble Prodiet kami beli tiap2 minggu. Sekali beli satu guni terus (8kg). Disebabkan harga makin meningkat, kami campurkan Prodiet dengan MoreMore (lebih murah). Hanya Bulat je yang setia dengan Prodiet xdicampur. Jadi sekarang ni dalam dua minggu sekali baru pergi beli. Kiranya 1hari 1kg kibble untuk 27 ekor. Tapi itu pun rasa berat sangat2 sebab harga makin naik. Mihcats ni semua makan nasi ikan rebus & kibble. Kalau makan salah satu je xcukup. Kami masih mencari alternatif makanan lain. Nanti kami share kalau dah jumpa yang affordable skit. 

Kalau ada yang nak beli makanan Prodiet yang macam Bulat makan ni boleh order dengan kami RM10 utk 500g. Postage dalam RM7 untuk semenanjung & RM12 untuk Sabah & Sarawak. Boleh whatsapp kami terus 0199330312. Kami belikan dan poskan untuk anda. ^^

Pengenalan

Assalamualaikum w.b.t


Yang ni gambar tahun 2014. Gambar nostalgia. Banyak yang dah takde dalam ni. Tapi dalam hati tetap ada.
In memory: Mak Belang, Piping, Teh, Minnie, Citey. 

Salam pengenalan daripada kami mih.cat. Mih.cat ini sebenarnya singkatan daripada Muslim In House's Cat. Blog ini dihasilkan untuk berkongsi cerita dan pengalaman menjaga dan menguruskan kucing2 kampung kepunyaan kami. Buat masa ini, kami memiliki sebanyak 27 ekor kucing kampung yang kami bela daripada kecil. Kucing ini membiak dengan banyak disebabkan baka asal yang subur. 6 ekor sekali keluar. Ada di antaranya kami sudah kasi dan sunatkan tapi ada juga yang kami xmampu nak kasi. Jom berkenalan dengan kami..^^
~Yang ni Lala. Abang kawasan dalam keluarga Belang. Kaki gaduh tapi dalam hati ada taman. Sangatla manja dengan kita.. time nak makan jer~


~Yang ni Bulat. Tak manja tapi mengada je lebih. Kadang2 xpaham pun dia nak apa. Paling banyak mulut sebab tu tahi lalat penuh kat mulut~
Ok..yang lain2 nanti kita update kemudian.  ^^